Kenduri ape tu mak?

Kisahnya mak mertua nak buat kenduri
anak2 anak2 menantu bertanyakenduri apa tu mak?
Saja… ayahnya dah sihat
Rumah dah siap
kak long pun dah sampai mesir
Oooo kira kenduri kesyukuran la
Alhamdulillah
Sampai pukul 6.00 ptg
Kenduri malam
Semua hadir sedara mara
biras ipar duai anak sedara
all the clan
tapi dua orang je tak de
Anas dan kak long
Mula mula kami marhaban
tak pernah
seumur hidup aku bermarhaban
Ooo gitu rupanya..
seronok juga
Lepas tu orang masjid sampai
Dan baca tahlil dulu
Baru lah menjamu selera
Hidangan malam tu  rasa sungguh lazat
tak sabar nak makan
Buffet style
Tapi dek kerana terlalau excited agaknya
Resdung ku tiba2 datang sbelum sempat menjamah laksa
Yang memang ada sedikit belacan tu
Memang allegic tapi ok je
Akhir nya terbersin
Tak boleh control
Angin keluar masuk Mata gatal2 dan berair…
Langsung terbantut selera
Yang lain kehairanan
Betullah  …kalau bukan rezeki ku
Ibu mertua pun pelik…kata tadi dah ready nak bersantap berhabis2an
Bila nak bergambar plak rasa enggan
Sebab mata dah bengkak secara tiba2
Mmmm begitulah satu malam di bulan oktober.
Selepas puas berborak ipar duai
Dan usik mengusik anak2 sedara
Tepat 12 tgh malamTime to go home
Alamak …mak mertua kata..bukan ke tidor sini malam ni..
Ye lah…rumah mak tak de air cond ..takde ni takde tu..mak macam merajuk tapi bergurau kut..
Aku cepat2 cuci gelas2 pinggan mangkok yg masih kotor
Mak…sorry ye mak…saya ni memang susah nak tidur..
Kalau tak tidur dengan bantal busuk,…tak boleh tidur
(cakap dalam hati je..)
Pukul 12.15 malam kami balik menuju rumah ku walau pun kecil
Itu lah kediaman yang kurasa segala2nya melebihi istana negara
Lena sungguh nasib baik tak terbabas solat subuh
Syukur Alhamdulilllah

One thought on “Kenduri ape tu mak?

Leave a comment